Maut Selepas Pulang Dari Sambutan Hari Jadi

Malang tidak berbau, kegembiraan lima sekawan yang baru sahaja selesai meraikan sambutan hari jadi seorang kenalan mereka di bandar, berakhir dengan tragedi berdarah apabila kereta yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan hingga mengorbankan seorang daripada mereka.

Kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Kajang-Seremban (LeKas) berlaku apabila kereta yang dipandu oleh mangsa, Lee Zin Hao, hilang kawalan lalu merempuh merempuh besi penghadang jalan.

KEADAAN mayat Lee Zin Hao selepas kereta yang dipandunya terbabas di KM 19.3 Lekas, Seremban, semalam.


Berikut adalah keratan berita mengenai kejadian tersebut yang diambil dari Utusan-

Dalam kemalangan pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Lee Zin Hao (gambar), 25, yang bekerja sebagai mekanik maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan selepas tercampak dari kenderaan dipandunya itu.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa memandu kereta Chevrolet Aveo bersama empat lagi rakannya berusia 20-an hingga 30-an dari Seremban menuju ke Kajang, Selangor.

Difahamkan, kelima-lima mereka yang berasal dari Kajang baru sahaja selesai menghadiri satu majlis di sebuah pusat karaoke di bandar ini.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi lebuh raya lalu merempuh besi penghadang jalan.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa dan seorang lagi penumpang di belakang tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira-kira 10 meter,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, pemandu kereta itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang rakannya yang tercampak turut mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

“Seorang lagi penumpang di dalam kereta terbabit turut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut manakala dua lagi rakan mangsa hanya diberi rawatan sebagai pesakit luar,” jelasnya.

Pihak polis masih menyiasat punca berlakunya nahas tersebut.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close