Live Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama

Update MAHARAJA LAWAK MEGA minggu pertama berada di bawah sekali post ini

Video persembahan peserta Maharaja Lawak Mega Minggu 1
Beberapa jam sahaja lagi tirai Maharaja Lawak Mega (MLM) yang menggabungkan pelawak-pelawak ternama dari tiga buah negara bakal membuka tirainya. Program yang disertai oleh 17 pelawak ini tentu saja bakal mencetuskan fenomena baru dalam dunia hiburan kita selepas kejayaan Maharaja Lawak yang menggabungkan peserta-peserta final Raja Lawak dari musim pertama hingga lima.

MLM yang mula bersiaran pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna 132, masih mengekalkan konsep seperti Raja Lawak sebelum ini iaitu ada penyingkiran dan juga juri yang akan mengkritik persembahan para peserta.

Ikuti perkembangan program MAHARAJA LAWAK MEGA di page ini
Walau bagaimana pun nama juri-juri yang dipilih untuk mengadili persembahan para peserta masih lagi dirahsiakan dan penonton hanya akan mengetahuinya pada minggu pertama ini. Dari satu sumber, mengatakan juri bukanlah terdiri daripada pelawak atau pelakon komedi. Hmmm…? ganjil sekali.

Sama-samalah kita nantikan permulaan rancangan MLM pada malam ini dan ceriakan malam kita dengan gelak-tawa. Belalang yakin, MLM tentu mampu membuatkan kita ketawa terbahak-bahak.

Bagi yang tiada saluran Astro warna, anda boleh mengikuti perkembangan program MLM di sini (klik) atau kembali ke blog ini sesudah tamat rancangan untuk mengetahui perkembangan atau peserta mana yang tersingkir.

Update (12:28AM)

Tamat sudah MAHARAJA LAWAK MEGA (MLM) minggu pertama. Rasanya rata-rata peserta masih belum mendapat aura pertandingan. Maklumlah kesemunya pelawak-pelawak senior. Sebelum ini membuat persembahan tak perna pun ada sesiapa kritik.

Dari 17 peserta yang bertanding, 3 peserta undian terendah telah dipanggil naik ke pentas. Meraka ialah ANJE, LANUN & CAER.

Namun, seperti juga rancangan-rancangan realiti sebelum-sebelum ini, jarang sekali ada penyingkiran pada minggu pertama. Maka malam ini tiada siapa yang tersingkir 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close