Lelaki Maut Dilanggar Komuter Di Kajang

Jarang sekali kita mendengar insiden orang dilanggar Komuter di negara ini. Jadi bila sekali-sekala terdengar tentang nahas sebegitu rupa, terasa juga seramnya.

Di Kajang, seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah maut apabila dia dirempuh oleh tren Komuter yang sedang menghala ke Seremban. Lelaki itu maut akibat kecederaan parah.

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google

Berikut petikan mengenai insiden tersebut yang dilaporkan oleh BERNAMA-

Seorang lelaki dipercayai penagih dadah maut apabila dilanggar oleh tren KTM Komuter yang menghala ke Seremban di Jalan Reko, Kajang dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, laporan polis mengenai kejadian 11.48 malam itu dibuat oleh petugas Ketapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Lelaki berusia 51 tahun itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat kepada 75 anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kajang di sini, hari ini.

Berhati-hati apabila berada berhampiran landasan keretapi.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close