Keputusan Terkini Persahabatan Malaysia vs Australia 7 Oktober 2011

Gambar dari Info Dan Rangking Bola Sepak Malaysia

IA ibarat langit dan bumi. Begitu perbezaan antara pasukan bola sepak kebangsaan dan Australia.

Memang terlalu jauh jika mahu dibandingkan tentang keupayaan mahupun reputasi kedua-dua pasukan berkenaan.

Memori indah menang 1-0 ke atas Socceroos pada final Piala Ke- merdekaan Indonesia 1992 juga tidak lebih sekadar sejarah, tambahan pula jurang kedua-dua pasukan ketika itu tidak begitu ketara apabila hanya dipisahkan 23 anak tangga dalam ranking dunia ketika itu (Malaysia di kedudukan ke-75, manakala Australia ke- 52).

Kini selepas hampir 20 tahun, pasukan kebangsaan yang masih terkial-kial di pentas antarabangsa semakin jauh terperosok di tangga ke-147, jauh ketinggalan daripada negara kanggaru itu yang kini merupakan antara 20 pasukan terbaik dunia.

Siaran Langsung persahatan Malaysia vs Australia hanya boleh ditonton di Astro Arena 801 bermula pukul 4:30 petang waktu Malaysia. RTM tidak akan membawakan sebarangan perlawanan persahabatan.

Update- 18:26

Untuk link live streaming Malaysia vs Australia, klik link di bawah ini. Sekiranya ada link-link lain akan Belalang masukkan kemudian-

Link 1

Keputusan Penuh

Australia 5 – 0 Malaysia

William 2′

Kennedy 32′, 45′

Brosque 31′, 69′

(tamat perlawanan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close