Kemalangan Maut Di Batu 10 Jalan Seremban

Tragedi awal pagi Deepavali, satu kemalangan yang berlaku di Batu 10, jalan seremban-Tampin, telah mengorban sepasang suami isteri manakala dua orang anak mereka cedera parah. Kenderaan mereka dipercayai sedang dipandu untuk ke rumah saudara mereka bagi meraikan Deepavali.

Kereta yang mereka terbakar selepas berlaku kemalangan dengan dua buah lagi kenderaan.

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat salah seorang mangsa yang rentung dalam kemalangan di Rembau, Negeri Sembilan semalam.

Sedikti petikan berita mengenai nahas terbabit-

P Mugunthan, 42, dan isterinya, K Sothi, 36, rentung dalam kereta Honda Civic mereka yang terbakar selepas terbabit dalam nahas jalan raya dengan dua lagi kenderaan pada kira-kira 8.56 pagi ini, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal. “Kedua-dua anak lelaki mereka yang berusia 13 dan 10 tahun berjaya diselamatkan oleh orang ramai,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Dua lagi lelaki yang memandu kereta Proton Iswara dan Toyota Camry yang terbabit dalam kemalangan itu juga terselamat, katanya.

Mayat pasangan suami isteri itu dihantar ke Hospital Seremban untuk bedah siasat dan kedua-dua anak lelaki mereka turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan, kata Zamrus.

Beliau berkata, tiga buah jentera bomba dari Senawang, Seremban 2 dan Rembau bersama-sama 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Sementara itu, rakan kepada mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata ketika kejadian, keluarga itu dalam perjalanan ke Alor Gajah, Melaka untuk meraikan Deepavali di rumah seorang adik beradik mereka.

“Malam tadi keluarga ini bermalam di rumah ayah Sothi di Taman Seremban Jaya. Saya sedih kerana kawan saya sudah mati terbakar,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close