Kanak-kanak tiga Tahun lemas Dalam Baldi

Kepada yang mempunyai anak kecil, beringatlah selalu. Jangan ditinggalkan si keci itu brsendirian ketika mandi. Buruk akibatnya jika kita terlalai. Walau hanya sekejap, nyawa si kecil yang melayang tidak dapat dicari ganti.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, dijumpai lemas di dalam baldi oleh ibunya yang telah meninggalkan rumah sebentar kerana mempunyai urusan. Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersendirian di rumah.

LEMAS...anggota polis mengusung mayat budak ditemui lemas dalam baldi, semalam.

LEMAS...anggota polis mengusung mayat budak ditemui lemas dalam baldi, semalam.


Berikut adalah petikan berita mengenai hal ini yang diambil dari Metro-

Tindakan seorang ibu meninggalkan anak perempuan berusia tiga tahun mandi bersendirian, berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak itu ditemui lemas dalam keadaan tertonggeng di dalam baldi di bilik air rumahnya di Taman Rasi, Menglembu, dekat sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu disedari wanita itu sejurus pulang ke rumahnya selepas keluar sebentar kerana mempunyai urusan.

Perasaan tidak sedap hati ibu mangsa selepas beberapa kali tidak menyahut panggilannya menjadi kenyataan sejurus menjenguk ke bilik air apabila melihat anaknya, Wong Bao Lim tertonggeng di dalam baldi.

Dia segera mengeluarkan mangsa dan cuba menggerakkan badan serta memanggil nama anaknya, namun tidak mendapat sebarang reaksi apabila mangsa tetap kaku tidak bergerak.

Ibu mangsa yang masih tidak berputus asa kemudian membawa kanak-kanak itu ke sebuah klinik berdekatan untuk rawatan kecemasan tetapi doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan anaknya sudah meninggal dunia.

Seorang wanita yang juga saudara keluarga malang itu berkata, mangsa adalah seorang anak yang berdikari dan sudah biasa mandi bersendirian sejak berusia dua tahun.

“Kami sekeluarga masih terkejut dan seperti tidak percaya dengan kejadian menimpa mangsa. Tetapi perkara paling menyedihkan kami mangsa seperti tahu akan pergi meninggalkan ibunya buat selama-lamanya.

“Ia berikutan tindakan mangsa mengajak ibunya mandi bersama pada pagi tadi (semalam) selepas hampir setahun tidak berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

sekali lagi Belalang ingatkan, jangan biarkan anak kecil anda bersendirian mandi. Pastikan juga tiada tadahan-tadahan air yang dalam disimpan dalam bilik air rumah anda

Facebook Comments

Comments are closed.

Close