Jemaah Haji Kita Gagal Keluarkan Wang Di Mekah

JEMAAH haji dari Malaysia kini menghadapi masalah pengeluaran wang tunai di Mekah. – Gambar hiasan

JEMAAH haji dari Malaysia kini menghadapi masalah pengeluaran wang tunai di Mekah. – Gambar hiasan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyangkal dakwaan bahawa Tabung Haji (TH) kehabisan wang apabila hampir keseluruhan 28,000 jemaah dari negara ini gagal mengeluarkan wang di Mekah sejak empat hari lalu.

Sebaliknya, beliau menjelaskan masalah itu berpunca daripada bank-bank di Arab Saudi yang telah menyekat pengambilan wang dalam jumlah yang banyak dalam satu-satu masa.

“Jemaah haji dari semua negara mengalami masalah yang sama apabila Bank Negara Arab Saudi sekat pengeluaran duit yang banyak dalam sehari bagi mengelak manipulasi mata wang.

“Biasanya dalam sehari, TH akan keluarkan 10 juta riyal (RM8.2 juta), tetapi sebab jumlah itu banyak, bank Arab Saudi sekat keluar duit bagi elak ada manipulasi,” jelasnya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

– Berita penuh dalam akhbar Kosmo

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • matawang mekah (23)
  • bank di mekah (17)

Comments are closed.

Close