Hati-hati Dengan Peminta Sedekah Di Hadapan Bank

Gambar dari entry Belalang terdahulu. Klik pada gambar untuk membaca kisah tersebut

Gambar dari entry Belalang terdahulu. Klik pada gambar untuk membaca kisah tersebut

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sindiket memungut derma di kawasan tumpuan awam seperti di depan pintu masuk bank, stesen minyak, pusat beli-belah dan perhentian bas.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor berkata, siasatan pihaknya mendapati kutipan derma tersebut yang didakwa untuk membina masjid dan rumah anak-anak yatim termasuk di selatan negara jiran adalah meragukan.

Katanya, ia berdasarkan tindak-tanduk mereka yang akan mengelak atau melarikan diri apabila diminta menunjukkan surat kebenaran mengutip derma yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Daripada beberapa pemeriksaan yang dibuat baru-baru ini mendapati mereka tidak mempunyai surat kebenaran yang sepatutnya diperoleh daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP) jika ingin memungut derma di negeri ini.

“Sebaliknya, surat kebenaran yang dipamerkan kepada orang ramai adalah palsu dan surat pendua yang telah diubah tarikh dan isi kandungannya,” katanya di sini.

Menurut beliau, orang ramai yang ingin menderma perlu berhati-hati kerana lokasi kebanyakan masjid yang ingin dibina di selatan negara jiran itu sebenarnya tidak wujud.

Tambah beliau, tindakan sindiket tertentu yang menggunakan anak-anak yatim untuk memungut derma juga adalah salah.

“Saya nak nasihatkan kepada orang ramai jangan mudah simpati sehingga menghulurkan derma tanpa usul periksa kerana tindakan seperti itu akan menggalakkan lebih banyak sindiket penipuan derma.

“Jika orang ramai tidak menderma kepada sindiket tersebut saya percaya akhirnya ia dapat dihapuskan,” kata beliau.

Incoming search terms:

  • peminta derma depan bank (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *