Harga Tiket Final Piala Malaysia 2011 Kekal RM50

Buat la tunjuk perasaan ke, protes ke, ugut tak mahu datang perlawanan final nanti, FAM tetap dengan pendirian mereka iaitu tiket final Piala Malaysia 2011 kekal RM50.

Alasan FAM, harga berkenaan wajar dan memang perlu bagi menampung beberapa kos lain. Malah, FAM berkata jika peminat memikirkan untuk memulau perlawanan tersebut, FAM tiada kuasa untuk menghalang. Huh, ego betul ayat tu 😉


Berikut adalah berita mengenai hal tersebut diambil dari Berita Harian-

Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak daripada keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.

“Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket itu bagi semua tempat duduk stadium.

Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, supaya FAM mengkaji semula harga tiket tersebut, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun FAM tidak akan berganjak dari keputusan asal

Jika anda peminat sejati, dugaan begini rasanya tak mendatangkan masalah. Betul tak? 😉

Facebook Comments

Comments are closed.

Close