Gambar Simoncelli Maut Di Perlumbaan MotoGP

Pelumbaan MotoGP di sepang pada hari ini dibatalkan setelah satu kemalangan maut membabitkan pelumba dari Italy, Marco Simoncelli terbunuh di litar.

Nahas yang berlaku pada pusingan kedua perlumbaan itu menyaksikan Simoncelli terjatuh dengan sendirinya pada satu selekoh sebelum kepalanya dilanggar oleh dua motosikal iaitu Colin Edwards dan Valentino Rossi.

Marco Simoncelli

Marco Simoncelli

Sedikit petikan menganai hal tersebut-

Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.

Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit.

Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi.

Perlumbaan itu terus diberikan bendera merah dan Simoncelli yang kaku di atas litar terus dibawa ke pusat perubatan menggunakan ambulans.

Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit. – REUTERS

Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang diatas musibah yang menimpa ini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close