Gambar Majlis Persandingan Yasmin Hani & Sha’arin

Kelmarin blog ini ada menceritakan tentang majlis akad nikah pengacara Yasmin Hani dan bekas gitaris kumpulan Black Rose iaitu Sha’arin yang berllangsung di Duchess Place Jalan Ampang pada petang Jumaat. Gambar Majlis Akad Nikah Yasmin Hani & Sha’arin (klik).

Sebelah malamnya pula berlangsung pula majlis persandingan pasangan ini di lokasi yang sama yang dikatakan berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran tetamu-tetamu, VVIP, rakan-rakan artis dan juga jurugambar dari majalah-majalah tempatan.

Di bawah ada gambar dan sedikit cerita mengenai majlis tersebut yang Belalang ambil dari Mstar-

Pasangan mempelai yang tiba pada pukul 9 malam itu tampak berseri dan anggun dengan pakaian bewarna putih rekaan pereka popular, Hatta Dolmat.

Majlis yang berkonsepkan Taman Inggeris Kontemporari dengan menggunakan gabungan warna putih, merah jambu dan ungu dihiasi pula dengan lampu ‘chandelier’ dan bunga-bungaan tampak sederhana dan klasik.

Kata Yasmin, walaupun jodohnya sedikit lewat, dia bersyukur kerana diberi seorang suami yang sangat memahami dirinya.

“Dia seorang yang sangat positifdan pandai memujuk. Lebih penting sekali dia seorang yang sangat mementingkan keluarga dan ciri-ciri itu yang saya inginkan untuk seorang suami.

“Alhamdulillah, kami juga bersyukur kerana segala perancangan (perkahwinan) dijalankan dengan lancar,” katanya.

Sha’arin pula mengharapkan agar segala rintangan dan dugaan rumahtangga yang dibina dengan Yasmin dapat diharungi bersama.

“Kami mengharapkan yang terbaik dalam perkahwinan ini,moga ia berkekalan,” ujarnya ringkas.

Sha’arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya.

Dengan kehadiran seramai 350 orang tetamu yang terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin, acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis dan menepung tawar mempelai menyusul.

Sepanjang majlis berlangsung, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan rakan karib mempelai, Atilia, Salamiah Hassan, Amir Jahari dan Lokman.

Farid Kamil dan Diana Danielle antara artis yang hadir.
Selain itu, antara teman selebriti yang hadir ialah Dynas, Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Ezlynn, Farid Kamil, Jojo Struys, Diana Danielle dan Diana Rafar.

Pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan pada Jumaat (petang) di tempat yang sama dengan hanya sekali lafaz.

Lepas ni artis mana pula ya yang bakal menamatkan zaman bujang mereka? 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close