Gambar Majlis Akad Nikah Yasmin Hani & Sha’rin

Tahniah kepada pengacara TV Yasmin Hani (dulu dikenali dengan Hani wachaa) dan bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha’arin Mohammed Razali yang telah selamat diijabkabulkan sebentar tadi di Duchess Place Jalan Ampang.

Yasmin  menerima wang hantaran berjumlah RM32,000 bersama-sama tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.

Berikut adalah sedikit berita mengenai majlis akad nikah pasangan ini berserta gambar yang diambil dari Mstar dan Oh!bulan-

Dengan sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson,32, sah bergelar isteri kepada bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha’arin Mohammed Razali,40-an, dalam satu majlis yang diadakan di Duchess Place Jalan Ampang, dekat sini, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Abdullah Hashim kira-kira pukul 3.45 petang dengan mas kahwin sebanyak RM80. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Yasmin telah menerima wang hantaran sebanyak RM32,000 berserta tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran

Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran termasuklah cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah kitab Al-Quran.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Qamilla manakala wajah Yasmin disolekkan oleh teman rapatnya, Tengku Putra Iskandar Tengku Othman.

Pelamin kedua-dua mempelai ditaja oleh Mohd Ali.

Sementara itu, majlis resepsi akan berlangsung pada malam Jumaat (malam ini) Di lokasi yang sama.

Sha’arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya.

Sha’arin juga pernah bernikah dengan pelakon Ida Nerina untuk perkahwinan keduanya tetapi tidak bertahan lama.

Diharap perkahwinan pasangan ini akan kekal hingga ke akhir hayat bersama. Sekali lagi ucapan tahniah dari Belalang kepada mereka berdua.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close