Gambar Gaddafi Mati Ditembak

Akhirnya sekali lagi kita dapat menyaksikan bagaimana ‘polis dunia’ berjaya membunuh musuh-musuh mereka. Alasan biasa adalah untuk keamanan, demi membela nasib rakyat maka mereka masuk campur dengan hal ehwal negara orang lain. Walhal masalah di negara sendiri pun masih tidak mampu ditangani.

Sekeping gambar dan kenyataan ketua tentera di Tripoli, Abdel Hakim Belhaj, mengesahkan bahawa Muammar Gaddafi telah berjaya dibunuh dalam satu pertempuran di bandar kelahirannya sendiri.

Seperti mana yang berlaku di Mesir dan Tunisia, kejayaan ini dikatakan adalah kemenangan rakyat Libya yang telah bersama-sama bangkit menggulingkan rejim Gaddafi.

Berikut adalah laporan berita mengenai hal ini yang Belalang ambil dari Kosmo-

Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam.

Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.

“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters.

NTC merupakan badan yang memerintah Libya buat sementara waktu selepas Gaddafi melarikan diri ekoran kejayaan para pejuang yang menentang kepimpinannya memasuki ibu kota Libya, Tripoli lewat Ogos lalu.

“Terdapat banyak tembakan ke atas kumpulannya dan dia mati,” tambahnya.

Sebelum ini dia memberitahu bahawa Gaddafi yang berumur dalam lingkungan 69 tahun ditangkap dan mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya pada Subuh semalam.

Ketika itu, dia sedang melarikan diri bersama sebuah konvoi semasa jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan.

NATO mengambil alih operasi ketenteraan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi orang awam pada 31 Mac lalu.

Sejak itu, jet-jet NATO mengendalikan serangan udara dan melaksanakan zon larangan terbang di Libya termasuk melaksanakan sekatan senjata menerusi rondaan di laut.

NATO mengesahkan semalam bahawa jet-jetnya telah mengebom satu konvoi ketenteraan dekat Sirte pada waktu pagi.

Namun, ia menyatakan adalah sukar untuk menyatakan sama ada serangan tersebut menyumbang kepada kemungkinan kematian Gaddafi.

Selepas ini giliran siapa pula yang akan menjadi mangsa negara kuasa VETO? Harap Malaysia terhindar dari perkara-perkara sebegini rupa.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close