Filem Nasi Lemak 2.0 Berjaya Kutip RM7 Juta!

Nasi lemak 2.0 arahan rejama kontroversi di Malaysia, Namewee berjaya mencecah 7 juta kutipan sepanjang tayangan! sesuatu angka yang besar tu. Jujurnya Belalang ada juga menonton filem ini di Youtube. Namun Belalang hanya menonton hingga pertengahan filem. Entahlah, mungkin filem ini bukan citarasa Belalang ­čśë

Dalam satu majlis meraikan kejayaan filem ini, Namewee sendiri akui yang dia juga tidak menyangka filemnya mampu mencapai kutipan setinggi itu.

Sedikit keratan kenyataan diantara Namewee dan  penerbit filem, Fred Chong yang Belalang ambil dari Mstar-

“Pada dasarnya saya memang menaruh harapan tinggi pada filem ini namun tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik sekali di kalangan penonton di Malaysia,” ujarnya pada majlis meraikan kejayaan filem itu di sini, Isnin.

Katanya, walaupun mendapat pelbagai kritikan negatif daripada pelbagai pihak, namun dengan sokongan dan maklum balas positif daripada penonton cukup baik.

Tambahnya, filem terbitan dengan kerjasama UB Prodigee Entertainment dan Prodigee Media itu telah ditayangkan di 71 buah pawagam di seluruh negara dan berada di tempat ketiga teratas selama tiga minggu berturut-turut.

Sementara itu, penerbit filem berkenaan, Fred Chong memberitahu, Nasi Lemak 2.0 juga telah menjadi filem tempatan berbahasa Cina dengan rekod kutipan wayang tertinggi.

“Ia bukan sahaja mendapat kutipan sebanyak RM7 juta malah menduduki tempat kelapan secara keseluruhan sebagai filem dengan kutipan pawagam tempatan tertinggi dalam sejarah.

“Saya berasa gembira kerana ia bukan sahaja ditonton oleh masyarakat Cina, bahkan kaum-kaum lain di negara ini turut keluar memberi sokongan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fred berkata, pihaknya gembira apabila Nasi Lemak 2.0 telah dipilih sebagai filem tayangan rasmi untuk pesta filem termasyhur, Taipei Golden Horse Film Festival 2011 dan menurutnya ia sesuatu jarang berlaku bagi sesebuah filem dari Malaysia.

“Saya terkejut apabila diberitahu mengenai perkara tersebut kerana┬áNasi Lemak 2.0bercirikan aspek tempatan dan tidak menyangka orang dari luar negara dapat memahami gaya dan jalan ceritanya,” katanya.

Filem ini juga khabarnya akan memasuki tayangan Singapura dan Taiwan pada Disember depan. Apa pendapat anda? Sesuatu yang mengembirakan atau sebaliknya? ­čÖé

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close