Dua Pelajar UiTM Machang Terbunuh Dalam Kemalangan

Dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang terbunuh, manakala dua parah dan seorang lagi cedera ringan apabila kereta Perodua Kenari yang mereka naiki melanggar bahagian tengah sebuah trelar di Kilometer 4.2, Jalan Machang Pasir Puteh dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, pemandu kereta berkenaan Mohd. Shamil Malik dan rakannya Mohd. Rizal Mohd Zain, masing-masing berasal dari Kampung Parit Jurak Batu Pahat serta Kluang Johor, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Mangsa yang cedera parah ialah Mohd. Sazwan Rosli, berasal dari Pekan, Pahang dan Mohd. Faizuddin Jamil dari Seksyen, 24 Shah Alam Selangor kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Sementara Mohd. Haziq Zailani pula, cedera ringan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Machang.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika lima rakan terbabit yang kesemuanya berusia 19 tahun, dalam perjalanan pulang ke kampus mereka dari bandar Kota Bharu.

– Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close