Dibelasah & Dibunuh Suami Mabuk

Seorang wanita dibelasah sebelum dibunuh oleh suaminya di kuarters pejabat haiwan, dekat sini, awal pagi tadi.

Anak sulung mangsa K Sharendra,24, berkata, ayahnya mabuk dan membelasah ibunya sampai mati dalam kejadian berlaku yang pada 11.30 semalam.

Menurut sharendra, ketika kejadian ayah, ibu, mkcik, nenek dan adik bongsunya,11, berada di rumah.

Ayahnya, G Krishnan, 58, dalam keadaan mabuk mula marah-marah namun keadaan reda seketika. Sharendra kemudiannya keluar dari rumah dan hanya balik pagi tadi. 

Menurutnya, pada malam itu pertelingkahan berterusan sehingga mengundang kematian.

Mangsa, S. Gurmeet Kaur,41, dibelasah termasuk makciknya. Selepas kejadian suami mangsa tertidur dan sedar pada paginya dan mengangkat isterinya ke katil.

Mangsa lebam, bengkak di muka, bibir dan badan. Ayah Sharendra ditahan bersama makcik yang lebam- lebam.-SH Selangor/ Hulu Selangor

Facebook Comments

Comments are closed.

Close