Cadangan Bandar Baru Lipis Akan Dibangunkan

Cadangan ini mungkin satu berita baik bagi penduduk di sekitar kuala Lipis. semakin membangun sesuatu tempat itu, maka akan lebih banyaklah peluang-peluang pekerjaan yang bakal wujud. Setuju? 🙂

Satu kawasan berkeluasan 245 hektar telah dicadangkan bagi membangunkan bandar baru kedua Lipis. Kawasan yang bersebelahan Sungai Lipis itu dijanga akan mampu memesatkan lagi ekonomi penduduk setempat.

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google


Sedikit sumber berita mengenai perkara ini-

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Fong Koong Fuee, berkata antara projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan itu ialah projek perumahan rakyat, premis perniagaan, kawasan industri ringan, kompleks sukan, taman awam dan reakrasi.

“Kawasan itu berhampiran FELDA Gugusan Kecau dan apabila dibangunkan kelak, sudah tentu akan memesatkan ekonomi penduduk sekitarnya,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Cheka berkata, projek pembangunan bandar baru kedua itu sudah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

“Kerajaan memerlukan perancangan yang teliti sebelum projek itu dilaksanakan kerana ia membabitkan peruntukan besar, kerajaan juga akan mengambil kira kepentingan rakyat setempat,” katanya.

Apa pendapat anda penduduk Lipis?

Facebook Comments

Comments are closed.

Close