Buku Pelajar Tingkatan 2 Ada Soalan Gugur Kandungan?

Belalang dapat print screen ini melalui satu blog yang mempersoalkan samada benar atau tidak soalan ini ada terkandung dalam buku latihan pelajar tingkatan 2. Sejauh mana kepastiannya masih belum tahu.

Namun sekiranya benar soalan begini terdapat pada buku pelajar sekolah, rasanya memang tak patut. Ini kerana dalam petikan itu, ada baris yang menceritakan tentang seorang budak perempuan yang terlanjur hamil, selepas itu bapanya telah mambawanya ke klinik untuk membuat pengguguran haram.

Ia seolah-olah menggambarkan gugur kandungan itu adalah perkara biasa di negara ini. Macam dah tiada petikan berbentuk soalan lain yang boleh diberi. Harap Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menyiasat perkara ini samada benar atau tidak seperti yang didakwa.

Sumber dari blog ini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close