Budak Berusia 6 Tahun Maut Didera Bapa Tiri

Rosmah Pemadi (kanan) menangis sambil memangku seorang lagi anaknya yang berusia 10 hari, selepas mengecam mayat Mohd. Firdaus Mad. Dan di rumah mayat Hospital Melaka, semalam.

Kanak-kanak malang Mohd. Firdaus Mad. Dan, 6, yang meninggal dunia semalam dipercayai berpunca akibat didera bapa tirinya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.

“Siasatan awal polis mendapati, kecederaan utama berlaku di bahagian paru-paru, serta bawah lapisan kulit badan.

“Kecederaan dialami mungkin akibat ditendang atau dipukul dengan objek tumpul,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Umar, ekoran itu, polis turut memberkas suspek penderaan itu yang juga bapa tiri mangsa ketika menghantarnya ke hospital, semalam.

Suspek berusia 37 tahun itu direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang semalam, Mohd. Firdaus dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh bapa tirinya itu dalam keadaan nazak sebelum meninggal dunia di hospital tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close