Budak Berumur 4 Tahun Maut Pokok Kelapa Tumbang

Kebelakangan ini begitu kerap kita mendengar berita kehilangan nyawa membabitkan pokok tumbang. Jika pagi tadi Belalang ada kongsikan satu berita tentang sekumpulan pelumba basikal negeri Melaka cedera malahan ada yang parah apabila sebatang pokok kelapa tiba-tiba tumbang, berita yang hampir sama berlaku lagi.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut di halaman rumahnya, Kampung Lada, Jerantut, apabila dihempap sebatang pokok kelapa. Kejadian yang tidak disangka-sangka itu disaksikan oleh ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain.

DI SINI...Azman menunjukkan lokasi kejadian meragut nyawa anaknya. Gambar kecil, Nurshuhada maut.

DI SINI...Azman menunjukkan lokasi kejadian meragut nyawa anaknya. Gambar kecil, Nurshuhada maut.

Berikut adalah petikan berita megenai hal ini dari BERNAMA-

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Nurshuhada Azman dikatakan berada kira-kira dua meter daripada tangga rumahnya.Lebih menyayat hati, kejadian itu turut disaksikan ibu kanak-kanak berkenaan dan adik beradiknya yang lain.

Bapa kanak-kanak itu, Azman Zainuddin, 41, berkata pokok kelapa setinggi 15 meter itu tumbang secara tiba-tiba dan menghempap anak bongsunya itu.

“Saya yang berada di luar ketika kejadian terus bergegas ke Hospital Jerantut selepas dimaklumkan kejadian itu. Anak saya pada mulanya duduk di tangga rumah bersama adik beradik yang lain tetapi ketika dia beredar ke halaman rumah, pokok kelapa setinggi kira-kira 15 meter itu tumbang dan menghempapnya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejadian berkenaan berlaku begitu pantas dan pokok kelapa itu tumbang secara tiba-tiba tanpa sebarang angin kencang.

“Saya redha dengan ketentuan takdir Allah yang menimpa anak bongsu saya ini. Pihak hospital mengesahkan anak saya meninggal akibat cedera parah di kepala dan badan,” katanya sebak.

Jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lada, jam 3 petang semalam.

Takziah kepada keluarga arwah adik Nurshuhada. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close