Bola Sepak Sukan SEA 2011 | Jadual Perlawanan Malaysia

Semestinya peminat-peminat bola tanah air berdebar-debar menantikan sepak mula pada sukan SEA 2011 Indonesia dimana pasukan negara akan turun mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam sukan SEA Laos 2009 yang lalu.

Akhbar-akhbar tempatan mengatakan yang skuad Ong Kim Swee ini berada dalam kumpulan maut kerana telah diundi bersama-sama Thailand, Vietnam, Singapura dan juga Kemboja dalam kumpulan A. sementara Indonesia selaku tuan rumah diberikan kebebasan untuk memilih berada dalam mana-mana kumpulan, telah memilih untuk turut berada dalam kumpulan A.

Sememangnya ini bukanlah sebuah misi yang mudah bagi turun mempertahankan kejuaraan kita pada sukan SEA kali ini. Namun dalam bola sepak apa pun boleh jadi. Belalang dan juga peminat-peminat yang lain meletakkan harapan yang tinggi kepada pasukan negara. Kami percaya, pasukan bimbingan Ong Kim Swee mampu mempertahankan pingat emas yang pernah kita miliki.

Berikut adalah jadual perlawanan pasukan negara bagi peringkat kumpulan. Juara dan naib juara peringkat kumpulan akan kepusingan seterusnya.

waktu perlawanan untuk Bolasepak Sukan SEA nanti

November 9, 2011 (Rabu) Malaysia (17:00 waktu Malaysia) lwn Singapura (Gelora Bung Karno)
November 11, 2011 (Jumaat) Malaysia (17:00 waktu Malaysia) lwn Thailand (Gelora Bung Karno)
November 13, 2011 (Ahad): Malaysia (17:00 waktu Malaysia) lwn Cambodia (Gelora Bung Karno)
November 17, 2011 (Khamis): Malaysia (20:00 waktu Malaysia) lwn Indonesia (Gelora Bung Karno)

Sememangnya kami peminat-peminat bola sepak tempatan menaruh keyakinan bahawa pasukan negara mampu mencipta kejayaan di sana. Buktikan kepada pasukan-pasukan lain yang kita sememangnya layak digelar nombor 1 ASEAN. 🙂

– Kredit jadual perlawanan pada page Info & Ranking Bola Sepak Malaysia

Facebook Comments

Comments are closed.

Close