Bantuan RM500 Diagih Pada Disember

Rasanya kebanyakkan dari rakyat Malaysia tentu sedang menanti bantuan RM500 yang dijanjikan oleh kerajaan dalam bajet baru-baru ini bagi meringankan beban kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan bawah RM3,000.

Kerajaan bercadang untuk memberi agihan bantuan itu seawal bulan Disember tahun ini. Dan seperti yang pernah Belalang kongsikan, bulan Disember tahun ini juga kerajaan akan memberi bantuan RM100 kepada mereka yang mempunyai anak-anak bersekolah dari tahun 1 hingga tahun 5.

Berikut adalah sedikit info mengenai agihan bantuan RM500 yang Belalang ambil dari akhbar Utusan-

Pendaftaran isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500 melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dijadualkan bermula Disember ini.

Pengerusi LHDN Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, buat masa ini Kementerian Kewangan serta agensi kerajaan berkaitan sedang memuktamadkan mekanisme terbaik bagi pendaftaran dan pelaksanaan bantuan itu.

“LHDN perlu memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja yang mencukupi disiapkan selewatnya pertengahan November ini bagi membolehkan pendaftaran bermula pada Disember,” katanya kepada media selepas perasmian Wisma Hasil Kangar, di sini hari ini.

Wan Abdul Aziz berkata, sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dan mereka dijadual menerima bantuan tersebut yang membabitkan peruntukan RM1.8 bilion bermula Januari depan.

Terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan kesusahan rakyat. Harap selepas ini kerajaan dapat pula tangani masalah kenaikkan harga barangan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close