Bajet 2012 – Inisiatif Untuk Golongan Berpendapatan Rendah

Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa setiap inisiatif yang akan diumumkan adalah berdasarkan kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara.

Lagi Laporan Bajet 2012 Di Sini

Live Streaming Belanjawan 2012!!!

 


“Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara,” katanya ketika menjawab soalan Dr. Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, di sini.

Dr. Tan ingin tahu langkah-langkah kerajaan untuk memperkukuh ekonomi Malaysia akibat kemerosotan ekonomi dunia dan sama ada negara masih mampu mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus.

Perdana Menteri berkata, strategi yang akan diumumkan dalam Bajet 2012 turut mengambil kira kesulitan rakyat berpendapatan rendah, untuk membantu dan melindungi mereka jika berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close