Anak Lelaki Tun Khalil Yaakob Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kepada keluarga Tun Mohd.Khalil Yaakob diatas pemergian anak lelaki mereka, Mohammad Raznam pagi tadi.

Berita mengenai kematian arwah ada dilaporkan dalam akhbar Utusan. Namun sebab-sebab kematian tidak pula dinyatakan dengan jelas.

 Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob

Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob

Berikut adalah berita yang dimaksudkan-

Anak kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Mohammad Raznam, 46, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Shahbandar, Pekan.

Semoga keluarga Tun Khalil tabah dan menerima pemergian ini dengan redha.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close