Ahli Astronomi Berjaya Rakam Pembentukan Planet Baru

Ahli Astronomi dari Universiti Hawaii (University of Hawaii astronomer) telah berjaya merakam proses-proses pembentukkan sebuah planet baru yang dipanggil LkCa 15 b.

Jarak diantara bumi dan LkCa 15 b adalah 450 tahun. Ia juga adalah planet termuda yang pernah ditemui oleh ahli astronomi.

adakah suatu masa nanti kita juga bakal melihat satu proses kewujudan hidupan pada planet itu? Kuasa Allah siapa yang dapat mendugakan?

Di bawah adalah petikan asal yang diambil dari akhbar berita harian mengenai berita ini-

Ahli astronomi Universiti Hawaii berjaya merakamkan imej pertama yang menunjukkan bagaimana sebuah planet baru terbentuk.

Institut itu berkata, Adam Kraus dan rakan sejawatnya, Michael Ireland dari Universiti Macquarie dan Balai Cerap Astronomi Australia, menggunakan teleskop Keck di Mauna Kea untuk mencari planet yang terbentuk daripada gas dan debu.

LkCa 15 b adalah 450 tahun jauhnya dari Bumi dan adalah planet termuda yang pernah ditemui.
Kraus membentangkan penemuan itu di Goddard Space Flight Center NASA di Maryland.

Bahan penyelidikan Ireland dan Kraus berkaitan penemuan itu akan diterbitkan dalam Astrophysical Journal.

Di bawah ini pula adalah perincian mengenai pembentukkan planet LkCa 15 b yang dipetik dari star advertiser-

Dalam imej kiri, cahaya gelombang ini dipancarkan oleh debu sejuk dalam cakera. Lubang di tengah-tengah menunjukkan jurang yang dalam dengan jejari kira-kira 55 kali ganda jarak dari Bumi ke Matahari. Di sebelah kanan, imej komposit LkCa 15. Lokasi bintang pusat juga ditandai.

Lokasi LkCa 15 boleh didapati dengan menggunakan carta ini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close