Warga Emas Dicari | Tidak Pulang Ke Rumah Setelah Keluar Empat Hari

Seorang warga emas dari Kampung Padang Tembak di sini dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu, setelah keluar bekerja di Prai, Butterworth.

Isterinya Aminah Baharin, 62, berkata, suaminya Husin Abdullah, 67, keluar dari rumah mereka kira-kira 6.30 pagi Khamis lalu dengan menunggang motosikal Modenas Kriss 110cc berwarna biru dengan nombor plat PDW 4544.

“Setiap hari dia akan pulang ke rumah dan sampai pukul 2 petang. Tapi hari Khamis, hingga pukul 5.30 petang, dia belum sampai rumah,” katanya kepada di sini hari ini.

Aminah berkata, pada petang Khamis, laporan polis tentang kehilangan suaminya telah dibuat dan pada keesokan hari, anak-anak mereka telah pergi ke tempat kerja bapa mereka, tetapi diberitahu bapa mereka tidak datang bekerja pada hari Khamis itu.

Beliau juga berkata, sejak akhir-akhir ini, suaminya didapati mengalami masalah hilang ingatan dan sering berada dalam keadaan murung dan tidak banyak bercakap.

“Orang ramai yang menjumpai atau mengetahui di mana ayah saya boleh menghubungi saya di talian 019-5555612 ataupun 04-4952794,” kata anaknya, Hisham, 23. – Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close