Video Rompakan Kedai Nasi Kandar Di Shah Alam

Video rompakan di sebuah kedai nasi kandar mamak, di Shah Alam ini memang betul-betul dasyat. Berani betul penyamun ni buat jahat di tempat yang boleh dikatakan ramai orang begitu. Mujur tiada yang cedera rasanya.

Menurut info dari video ini, kejadian berlaku pada 28 Ogos baru-baru ini (Bulan puasa tu) pukul 4 pagi. Tak dinyatakan pula berapa ramai kumpulan yang merompak ini. Mereka bersenjatakan parang. Dari apa yang dapat dilihat, mereka mensasarkan petty cash kedai berkenaan. Disamping itu laptop-laptop pelanggan juga habis disapu oleh kumpulan ini.

Diharap mereka-mereka yang terlibat dalam rompakan ini akan segera diberkas oleh pihak polis. Tangkap dan beri pengadilan yang sewajarnya kepada mereka.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close