Video Budak 8 Tahun Berlawan Cetus Kemarahan Penduduk Britain

Beberapa persatuan kebajikan kanak-kanak dan ahli-ahli politik di Britain hari ini meluahkan rasa marah terhadap satu rakaman video yang memaparkan dua kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berlawan sesama mereka dalam gelanggang sambil ditonton oleh beratus-ratus orang dewasa.

Rakaman video itu diambil di kelab Greenlands yang terletak di Preston di barat laut England pada awal bulan ini.

Video itu turut menggambarkan kedua-dua budak lelaki itu bergelut tanpa menggunakan pad perlindungan dan ditonton seramai 250 orang.

– AFP

Facebook Comments

Comments are closed.

Close