UPSR Di Perlis Tetap Diteruskan

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetap diteruskan esok walaupun beberapa kawasan di negeri ini mula dilanda banjir.

Pengarah Pelajaran Negeri, Dun Kasa berkata, sehingga pagi ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk membatalkan peperiksaan tersebut.

“Sehingga kini keadaan banjir di pusat peperiksaan masih terkawal dan kita telah mengarahkan Guru Besar sekolah terlibat untuk mengadakan peperiksaan itu di tingkat satu atau kawasan yang lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

– Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close