Tragedi Ngeri Malam Raya | Kemalangan Di BKE

Sebenarnya Belalang nak kongsikan gambar-gambar ini dari hari tu lagi. Tapi macam mana boleh lupa pula. Ni yang boleh teringat pun sebab tadi ada tengok satu gambar kemalangan di satu blog.

Kemalangan ni membabitkan orang kampung abang ipar Belalang. Nak dijadikan cerita, malam raya haritu Belalang bertolak dari Kulim ke Baling dalam pukul 2 pagi macam tu. Ketika Belalang melewati tempat kejadian, atas BKE, Belalang tengok punya la ramai orang sedang menyaksikan satu kemalangan. Belalang teruskan perjalanan sebab tak mahu jalan jadi jem pula nanti.

Keesokkannya barulah Belalang dengar cerita tentang kemalangan tersebut. Kesian juga pada mangsa kerana dia dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai membeli baju raya di Pulau Pinang. Mangsa terputus kedua-dua belah kakinya apabila ketika mangsa terbabas ke jalanraya, datang satu kereta menggilis kakinya.

Gambar-gambar di bawah ini Belalang ambil dari profile Facebook PPKM Kulim. Menurut abang ipar Belalang, mangsa masih lagi hidup hingga kini.

Berita tentang kemalangan ini ada dimuatkan dalam satu satu akhbar pada keesokkan harinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close