Trafik Lebuhraya PLUS 4 September 2011

Live upate traffic lebuh raya PLUS

 

Kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara menghala ke ibu kota semakin bertambah namun trafik secara amnya berjalan lancar.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi pada jam 11 pagi ini melaporkan kawasan yang banyak kenderaan ialah dari Changkat Jering ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak dan Simpang Pulai ke Gopeng.

Kenderaan juga dilaporkan bertambah dari Bidor ke Slim River dan R&R Sungai Perak ke Terowong Menora manakala trafik bergerak perlahan dari Sungkai ke Slim River.

Bagi kawasan selatan, trafik bergerak perlahan di Tambak Johor iaitu sempadan antara Johor dan Singapura namun di kawasan lain trafik masih bergerak lancar.

Di plaza tol masuk ke ibu kota iaitu Jalan Duta dan Sungai Besi kenderaan masih bergerak lancar.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, 16 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari ke-12 Ops Sikap-24, menjadikan jumlah kematian 228 orang.

Polis Bukit Aman dalam laman sesawangnya hari ini melaporkan penunggang motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi sebanyak sembilan orang.
Sebanyak 13 kes kemalangan maut direkodkan dan daripada jumlah itu, satu kes dicatat di lebuh raya, jalan persekutuan (lima), jalan negeri (dua), diikuti dengan empat di jalan bandaran dan satu di lain-lain jalan.

Sebanyak 8,606 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close