Theyab Awana Meninggal Dalam Kemalangan Jalan Raya

PEMAIN sayap Emiriah Arab Bersatu (UAE), Theyab Awana meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya selepas keretanya bertembung dengan trak di Sheikh Zayed, Abu Dhabi, Ahad lalu.

Media tempatan UAE melaporkan sebelum kejadian, Awana mendapat pelepasan awal meninggalkan latihan kerana mengalami kecederaan.

Awana mencetuskan kontroversi apabila menjaringkan penalti secara backheel (aksinya boleh ditonton menerusi Youtube) ketika menang 7-2 ke atas Lebanon pada pertemuan persahabatan, Julai lalu. 

Aksinya itu mendapat kecaman dari bekas ketua jurulatih, Srecko Katanek namun penggantinya, Abdulla Misfer, memanggil Awana kembali menyertai skuad kebangsaan bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

 

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kemalangan jalan raya (18)

Comments are closed.

Close