Syarikat MLM Berpengkalan Di Malaysia Dikesan Di India

Jejak kotor sebuah syarikat jualan langsung berpangkalan di Malaysia dikesan di Bangalore, selepas polis bandar raya mendedahkan komplot laman kewangan itu dengan penangkapan tiga ejen tempatan.

Polis di ibu negara IT India itu percaya ia merupakan syarikat yang sama yang berdaftar di Batu Caves, yang memperdaya hampir 70,000 pelabur miskin di kawasan luar bandar Manipur, yang terletak di bahagian timur laut India, terbabit di Bangalore.

“Tidak syak lagi tentang itu, ia merupakan syarikat sama dengan cawangan yang banyak.

“Mereka juga beroperasi di Manipur. Kami ingat sekurang-kurangnya 500 hingga 1,000 orang telah melabur di sini dengan syarikat yang berpangkalan di Malaysia,” kata seorang pegawai kanan polis, yang biasa dengan penyiasatan itu, kepada Bernama.

Minggu lepas, polis menangkap pengurus besar dan seorang akauntan Unipay2u, yang mempunyai kaitan dengan syarikat induk di Malaysia, yang menawarkan pulangan menarik kepada para pelabur sehingga setinggi 20 peratus atau lebih.

Syarikat yang digelar pencipta kekayaan dengan pejabat di Puchong Jaya didakwa turut memperkenalkan skim pelaburan istimewa yang lain seperti ”Visarav” dan ”Unit Gold 2u”.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close