Simbah Air Panas Ke Kemaluan Teman Lelaki

Seorang wanita berusia 24 tahun yang menyimbah air panas ke kemaluan teman lelakinya ditahan reman bermula kelmarin sehingga Jumaat ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad berkata, penahanan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki melecur di perut dan kemaluannya selepas disimbah air panas oleh teman wanita terpaksa berlari bogel lebih lima kilometer (km) bagi mendapatkan bantuan di Balai Polis Kota Damansara.

Dalam kejadian jam 8 pagi di sebuah hotel di Jalan PJU5, Kota Damansara di sini, mangsa yang berusia lewat 20-an, diserang teman wanitanya selepas berlaku pertengkaran apabila mangsa mahu menamatkan hubungan mereka. Sebelum kejadian pasangan terbabit dilaporkan bertengkar selepas mendaftar masuk ke hotel itu jam 11 malam, Sabtu lalu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close