Serangan Bom Di Golok | Tiga Rakyat Malaysia Terbunuh

Seorang kanak-kanak antara tiga rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kejadian tiga letupan bom di Sungai Golok, Selatan Thailand malam semalam.

Mereka ialah Wong Heng Yep, 65, dan cucunya Wong Kai Sen, 3, serta Fong Too Keh, 45.

Heng Yep dan cucunya berasal dari Jalan Hamzah di sini manakala Too Keh berasal dari Kuantan, Pahang.

Video & GAmbar Serangan Bom Di Sungai Golok

 

Heng Yep dan cucu itu difahamkan berada di Sungai Golok bersama keluarganya sejak petang semalam manakala Too Keh datang bersama abang dan rakannya.

Menurut laporan pihak berkuasa Thailand, seorang lagi yang terbunuh dilaporkan sebagai seorang sukarelawan rakyat negara itu yang berusia 38 tahun.

Letupan berkenaan turut mencederakan kira-kira 60 orang lain termasuk 19 rakyat Malaysia manakala dua rakyat negara ini dilaporkan dalam keadaan parah dan dirawat di Hospital Yala.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close