Samakan Peminat Anjing & Babi | Gambit Minta Maaf

Gambit Saifullah sekali lagi mencetuskan perasaan tidak puas hati dikalangan peminatnya apabila dia menyamakan sesetangah peminatnya dengan anjing & babi. sebelum ini Gambit juga pernah mencetuskan kemarahan dikalangan peminat-peminatnya apabilavideo klip Prema Yin yang diarahkan Gambit menampilkan babak-babak yang agak panas.

Mungkin tidak mahu perkara yang sama berlarutan atau berpanjangan seperti dulu, Gambit telah memohon maaf kepada peminat-peminatnya atau kekasaan bahasa yang telah dia lemparkan.

memang itulah yang terbaik perlu Gambit lakukan memohon maaf atas kelancangan mulutnya. Bak kata orang tua-tua kerana mulut, karier Gambit binasa. 🙂 Sudahlah filem lakonannya Karipap-karipap Cinta akan ditayangkan di panggung tidak lama lagi.

Belalang harap selepas ini Gambit tidak terlalu mudah dan cepat naik angin. Lumrah la dalam dunia ni ada yang suka kita, ada yang tidak. Yang mana hargai kita tu, cuba tunjukkan sikap hargai mereka balik. Tapi yang mana caci-maki kita tu, pejam mata buat-buat tak nampak sudah la 😉

Kredit gambar & info kepada – Beautiful Nara

Facebook Comments

Comments are closed.

Close