Safee Sali Cetus Fenomena Baru Bola Sepak Malaysia

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menganggap pemergian penyerang prolifik kebangsaan Mohd. Safee Mohd. Sali untuk menjalani ujian dan latihan dengan Cardiff City pada 12 September ini merupakan medan terbaik untuk membuktikan kehebatan anak tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peluang tersebut perlu digunakan untuk menimba seberapa banyak ilmu bagi membantu meningkatkan tahap kemahiran serta melonjakan ranking bola sepak negara seterusnya mendapat permit kerja bagi memboleh mereka beraksi di Liga Perdana England (EPL).

Menurutnya, KBS yakin isu permit kerja akan menjadi pendorong kepada pemain kebangsaan meningkatkan pretasi bagi menaikkan ranking negara ke kedudukan yang lebih baik.

“Syarat bagi seseorang pemain untuk beraksi di EPL ialah pasukan kebangsaannya perlu berada dalam senarai 70 pasukan terbaik dunia mengikut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Anta- rabangsa (FIFA).

“Kalau pemain kita berpotensi, berkemungkinan akan ada usaha untuk mengecualikan syarat permit kerja bagi membolehkan pemain negara beraksi dan jika ini berlaku tidak mustahil suatu hari nanti kita akan mendengar nama pemain Malaysia yang bermain di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Belia Beliawanis dan Pemimpin Masyarakat Siam Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek, Repek Pasir Mas, Kelantan semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin dan pimpinan tertinggi masyarakat siam serta pengerusi Persatuan Wanita Siam Negeri Kelan- tan (PWSNK), Kc Ngiam Eh Khuan.

Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan, Safee akan menjalani sesi ujian dan latihan bersama kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara yang mendapat peluang menimba pengalaman di sana.

Dia akan menjalani sesi ujian dan latihan dengan pasukan utama kelab Bluebirds yang dimiliki warga Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dari 12 hingga 27 September ini di bawah tawaran keemasan dan jarang diperoleh pemain negara.

Ahmad Shabery memberitahu, sukan bola sepak juga kini merupakan satu industri yang mana

Asia dilihat sebagai pasaran yang sangat berkembang dan sebab itu pemain dari rantau Asia kini menjadi pilihan kepada kelab-kelab ternama untuk beraksi dengan mereka.

“Sekiranya ada pemain dari Asia beraksi dengan kelab England, ia merupakan satu lonjakan perniagaan kepada kelab terbabit untuk meluaskan pasaran mereka yang sudah tentu pengikutnya adalah besar.

Ini juga adalah satu strategi pemasaran,” katanya.

Incoming search terms:

  • bola sepak rantau asia (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close