Rumah Mat Sabu Dibaling Bom Petrol

Rumah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba dibakar oleh individu tidak dikenali selepas disimbah ceceair dipercayai petrol pada pukul 12.40 malam tadi.

Bagaimanapun hanya sebahagian pagar rumah di Jalan Belat 19/32C di Seksyen 19 di sini itu yang terjejas.

Ketika kejadian hanya anak kedua beliau, Nurul Huda Mohamad, 28, berada di rumah.

Laporan mengenai kejadian itu dibuat Nurul Huda di Balai Polis Seksyen 15 di sini sejurus selepas kejadian.

– Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close