Perdaya Gelang Untuk Rogol Mangsa

Hanya kerana seutas gelang, seorang wanita berusia 20 tahun diperangkap seorang lelaki sebelum dirogol di sebuah bilik hotel di Puduraya, di sini, Rabu lalu.

Difahamkan, mangsa mengenali suspek berusia lingkungan 30-an itu melalui telefon sejak dua bulan lalu sebelum dipelawa bertemu buat kali pertama di KL Sentral, di sini.

Disebabkan ghairah untuk mendapatkan barang kemas berkenaan selain terpedaya dengan ayat manis lelaki terbabit, mangsa bersetuju untuk bertemu di KL Sentral, jam 11 pagi.

Menurut sumber, sebaik tiba di KL Sentral, suspek membawa mangsa ke sebuah restoran di kawasan Puduraya.

“Ketika minum, suspek mendakwa tertinggal gelang terbabit dan akan memberinya kepada mangsa pada pertemuan seterusnya sebagai tanda permulaan hubungan mereka.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian tidak sedarkan diri selepas meneguk minuman diberikan lelaki terbabit yang dipercayai dicampur dengan dadah,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close