Paul Scholes Bermain Dengan Selangor?

Itu tanggapan peminat bola sepak tempatan sekiranya bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes menyarung jersi Selangor pada perlawanan Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 menentang Singapura 1 Oktober depan, lapor AHMAD FAZLI MOHD. YADI.

Spekulasi itu timbul apabila legenda United itu menepati kriteria pemain import yang dimaksudkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi memperkuatkan skuad Gergasi Merah pada pertandingan itu kelak.

Selain itu, FAS juga difahamkan turut berminat untuk membawa bekas pemain Liverpool untuk digandingkan bersama Scholes yang menjaringkan 150 gol sepanjang 676 penampilan bersama United.

Apa yang pasti, ribuan penyokong setia bola sepak tanah air pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan dua bekas pemain Liga Perdana England ini menyarungkan jersi Gergasi Merah dengan lebih dekat.

Seandainya desas-desus itu menjadi kenyataan, satu lagi seja- rah bola sepak tanah air bakal tercipta apabila menyaksikan kelibat Scholes dan bekas pemain Liverpool beraksi bersama bekas penyerang Selangor, Mohd. Safee Sali untuk merobek gawang Sang Singa di Stadium Shah Alam.

Namun pengerusi penganjur PSS, Datuk Abd. Karim Munisar bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu, sambil memberi- tahu, teka-teki itu hanya akan terjawab sebaik pengumuman rasmi senarai penuh pemain Selangor hari ini.

“Kita telah mengenal pasti dua pemain import itu tetapi buat masa ini tidak dapat mengumumkan nama mereka kerana kami masih menunggu persetujuan daripada mereka.

“Setakat ini perkara ini masih dalam proses rundingan dan akan diumumkan kelak,” jelasnya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close