Nur Shafiqa Hilang Sebelum Ini Ditemui Mati Dibunuh

Seorang kanak-kanak perempuan yang dilapor hilang pada 16 Sept lepas ditemui mati, dipercayai dibunuh di kawasan ladang kelapa sawit, Kati, Kuala Kangsar, 55 km dari sini hari ini.

Mayat Nur Shafiqa Ismail, 11, ditemui pada pukul 10.30 pagi oleh pemilik ladang kelapa sawit itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt. Abdul Ghaffar Muhammad berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan jerutan di leher.

Keluarga mangsa mengesahkan mayat itu ialah Nur Syafiqa ketika membuat pengecaman di tempat penemuan mayat itu di ladang berkenaan, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata mayat Nur Syafiqa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Nur Shafiqa yang tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar sejak awal Januari lepas setelah ibu bapanya berpisah, dikatakan keluar rumah pada 12 Sept lepas.

Selepas empat hari tidak pulang ke rumah, ibu saudaranya membuat laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak itu pada 16 Sept, kata Abdul Ghaffar.

— Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close