Kontraktor Maut, Isteri Cedera | Rompakan Di Taman Seri Alam

Seorang kontraktor syarikat perkapalan maut, manakala isterinya cedera parah apabila kediaman mereka di Jalan Tasek 24, Bandar Seri Alam di sini dirompak dua lelaki bersenjatakan parang malam semalam.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu mangsa, S. Vijayaratnam, 47; isteri, G. Vijayalakshmi, 45; anak kedua mangsa, V. Deelip, 12; anak pembantu rumah warganegara India, P. Rasathi, 31, berada di dalam rumah sebelum didatangi kedua-dua suspek.

Suspek kemudian menetak kedua-dua suami isteri berkenaan sebelum melarikan barang kemas dan kereta Proton Perdana milik mangsa.

Bagaimanapun, kereta yang dinaiki kedua-dua suspek terbabas dan melanggar pokok kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa menyebabkan salah seorang daripada suspek meninggal dunia ditempat kejadian, manakala rakannya cedera parah.

Vijayaratnam disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Regency pukul 12.04 pagi tadi, manakala isterinya dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

– Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close