Kes Liwat Anwar Ibrahim | Najib & Rosmah Mohon Ketepi Sapina

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan memohon untuk mengetepikan sapina yang menghendeaki mereka menjadi saksi pembelaan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh.

Peguam mereka, Hisyam Teh Poh Teik, berkata, beliau akan mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang sedang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

— Bernama

Facebook Comments
Close