Keputusan Terkini Olimpik Jepun vs Olimpik Malaysia 21 September 2011

Hari ini, menjadi titik permulaan skuad Harimau Malaya dalam misi memburu slot Olimpik apabila berdepan Jepun pada aksi pembukaan Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Tosu, Fukuoka pukul 8 malam (7 malam waktu Malaysia).

Bagi perlawanan malam ini, posisi menjaga gawang negara hampir pasti digalas oleh Khairul Fahmi Che Mat, manakala Mohd. Zubir Azmi, Mohd. Fadhli Mohd. Shas, Mahali Jasuli dan Muslim Ahmad di- jangka mengemudi benteng pertahanan negara daripada dirobek jentera serangan Samurai Biru.

Segala corak serangan yang dijana dari tengah padang juga dijangka diterjemahkan oleh Abdul Shukor Jusoh, Wan Zack Haikal, Mohd. Fandi Othman dan K. Gurusamy, manakala A. Thamil Arasu dijangka digandingkan bersama Izzaq Faris Ramlan di jentera penyudah.

Seperti yang tertera pada gambar dan yang pernah Belalang tulis, perlawanan ini akan disiarkan secara langsung oleh TV2 dan Astro Arena.

Di bawah adalah live streaming untuk perlawanan Jepun lwn Malaysia –

Link 1

Belalang akan update setiap gol dari perlawanan tersebut di sini. Anda cuma perlu refresh page ini setiap 5 minit untuk melihat keputusan terkini. Semoga Malaysia berjaya mengekang serangan samurai biru 🙂

Jepun 2 – 0 Malaysia

Higaishi keigo 9′

miyachi 76′

(tamat perlawanan)

Facebook Comments

Comments are closed.

Close