Kanak-kanak Lelaki 5 Tahun Mati Lemas Tergelincir

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mati lemas setelah tergelincir ke dalam sungai berdekatan rumahnya di Kampung Sungai Lintang, Ulu Sedaka di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa Mohd. Fardinie Zamri sebelum itu dikatakan mengikut abang dan kakaknya, masing-masing berusia 10 dan lapan tahun, bersama dua lagi rakan lelaki pergi memancing ikan di sungai itu.

Usaha mencari mangsa yang dilakukan penduduk kampung berjaya menemui mangsa 45 minit kemudian tetapi dia dipercayai telah meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan.

Nenek mangsa Halimah Din, 69, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa cucu lelakinya itu daripada seorang rakan mangsa lalu bergegas ke lokasi kejadian.

– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close