Jurulatih Selangor K.Devan Letak Jawatan

Jurulatih Selangor, K. Devan telah meletak jawatan sebagai jurulatih melalui persetujuan bersama dengan persatuan negeri selepas laluan pasukan untuk ke suku akhir Piala Malaysia semakin sukar.

Difahamkan bahawa pembantunya, P. Maniam yang juga bekas pemain Selangor akan menggantikan Devan buat masa ini.

Di bawah kendalian Devan, Selangor telah memenangi Liga Super dua tahun berturut-turut (2009 dan 2010) dan hanya mampu berada di tempat ketiga liga musim ini.

Dia juga membantu Red Giants memenangi Piala FA pada tahun 2009 dan juga Piala Sumbangsih pada tahun yang sama dan tahun 2010.

Sumber dari sini dan sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *