Jurulatih Iraq Zico | Padang Singapura Untuk Budak Sekolah

Ketua Jurulatih Iraq, Zico membidas Singapura kerana menggunakan padang tiruan untuk pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Asia, Selasa ini.

Legenda bola sepak dari Brazil itu memberitahu pemberita bahawa padang itu tidak sesuai untuk kelayakan Piala Dunia dan ia lebih sesuai digunakan oleh budak sekolah.

“Saya tidak suka rumput padang itu. Saya fikir permainan bola sepak yang baik harus dimainkan di padang yang menggunakan rumput semulajadi,” kata bekas pemain tengah berusia 58 tahun itu.

“Mungkin untuk sekolah, untuk belia, ia adalah ok, tetapi untuk profesional ia tidak sesuai,” tambah beliau.

Padang tiruan itu diluluskan oleh FIFA untuk kejohanan tersebut sementara menunggu stadium baru republik berkenaan siap pada tahun 2014.

– Reuters

Facebook Comments

Comments are closed.

Close