Japan vs Malaysia Akan Dibawakan Secara Langsung

Berita baik bagi peminat bola sepak tempatan. Perlawanan diantara Malaysia dan Jepun pada 21 September ini akan disiarkan secara langsung oleh tv2 dan Astro Arena. Bagus la RTM. Kalau macam ni tiadalah suara-suara sumbang yang marahkan RTM ūüôā

Perlawanan akan mula dipancarkan di kaca tv permula pukul 6:45 petang. Jangan tersilap tunggu pukul 8:45 malam pula. Nanti dapat tengok akhir-akhir perlawanan saja.

21 Pemain yang telah  berangkat dan telah pun selamat tiba ke negara matahari terbit tersebut ialah Khairul Fahmi Che Mat(Kelantan FA), Mohd Izham Tarmizi Roslan(HMA), Mohamad Muslim Bin Ahmad(HMA), Mahalli Bin Jasuli(HMA), Mohamad Amer Saidin(HMA), Mohd Fadhli Mohd Shas(FC Vion), Mohd Zubir Mohd Azmi(Terengganu FA), Mohd Fandi Bin Othman(HMA), Muhamad Nazmi Faiz Mansor(HMB), Muhamad Syazwan Tajuddin(HMB), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria(HMA), Mohamad Faizal Abu Bakar(Kedah FA), Abdul Shukur Jusoh(HMA), Mohd Irfan Fazail(FC Vion), Wan Zack Haikal Wan Nor(FC Vion), Gurusamy Govandar a/l Kandasamy(HMA), Thamil Arasu Ambumamee(HMA), Syahrul Azwari Bin Ibrahim(HMA), Ahmad Hazwan Bakri(Kuala Lumpur FA), Mohd Izuan Solahuddin(Kelantan FA) dan Izzaq Faris Bin Ramlan(HMA).

Belalang harap mereka berjaya membuat yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia. Tunjukkan yang kita juga setanding dengan mereka.

Malaysia Boleh!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close