Isteri Mat Sabu Terima Ugutan Simbah Asid

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa isteri dan anak perempuannya diancam akan disimbah asid oleh seseorang yang tidak dikenali.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Kepala Batas di sini pada pukul 10.36 pagi.

Dalam laporannya, Mohamad berkata, ugutan itu diterimanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 27 Ogos lalu, kira-kira pukul 2 petang.

Ketika itu beliau berada di rumahnya di Guar Petai, Tasek Gelugor, di sini.

Pengirim SMS tersebut turut mencabarnya menyerang balai polis.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara tersebut.

-Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close