My Idol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan | 10 Pasangan Kahwin Percuma

Sepuluh pasangan yang terpilih dalam program My Idol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan akan melangsungkan perkahwinan secara percuma di Dataran Shahbandar di sini pada 21 dan 22 Oktober ini.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, 10 pasangan yang terpilih itu adalah daripada 19 pasangan yang memohon dalam progam itu sejak diperkenalkan Jun lepas.

Program itu adalah anjuran pejabat UMNO Kuala Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri.

“Kesemua pasangan yang menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan ”Kenapa Saya Layak Dipilih” tidak kurang 300 perkataan dan melepasi beberapa sesi temu ramah yang dikendalikan wakil dari pejabat agama, pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pegawai perhubungan UMNO Terengganu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata syarat yang dikenakan ialah setiap pasangan lelaki memperoleh pendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan seorang daripada pasangan itu berumur 21 tahun atas, belum pernah berkahwin dan bermastautin di Kuala Terengganu.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close